Jual gamis anak perempuan murah

Tips Berumah Tangga Suami Istri ala Rasulullah S.A.W

berumah tangga ala rasulullah

1. Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/rumah/dll)

Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-orang moden ini. “Ladies First”. Ini sudah dilakukan Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu, di saat kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih rendah, bahkan diragukan statusnya sebagai “manusia”. Dari Anas, dia berkata : “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Rasulullah S.A.W. menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)

2. Mencium isteri ketika pergi dan datang

Sungguh hal yang romantis dan bisa menimbulkan rasa kasih sayang jika kita bisa membiasakan mencium isetri/suami ketika hendak berpergian atau baru pulang. Daripada ‘Aisyah r.a., bahawa “Rasulullah S.A.W. biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”(HR ‘Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua

Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300) bahkan keberkahannya dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah : “Makanan berdua cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang.” ( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))

4.Suami menyuapi isteri

Dari Saad bin Abi Waqosh r.a. berkata : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “ Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhori (VI/293) dan Muslim (V/71)

5. Berlemah lembut, melayani/menemani istri yang sedang sakit

(memanjakan isteri sakit)Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., Nabi S.A.W. adalah orang yang penyayang lagi lembut. Beliau orang yang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan

Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi S.A.W. tertawa melihat mereka. (HR Nasai dengan isnad hasan) Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah S.A.W.  suka bercanda dengan isterinya. (HR Bukhari)

7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik dia ntara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).